fb fb fb fb fb

Polis Selangor rekod 354 kes penipuan sehingga Jun

(Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam Majlis Pelancaran Kempen Anti-Scam PDRM)

SHAH ALAM, 29 Jun- Polis Selangor merekodkan 1,354 kes penipuan di negeri itu membabitkan jumlah kerugian bernilai RM59.6 juta untuk tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, 75% daripada jumlah kes tersebut melibatkan kes penipuan dalam talian yang menunjukkan trend peningkatan pada setiap tahun.

Hasil siasatan pihaknya mendapati sebahagian besar wang yang dikumpul menerusi kes penipuan tersebut telah mengalir ke luar negara.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk membanteras jenayah tersebut yang hanya merugikan ekonomi negara.

(Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed)

Orang ramai juga perlu lebih didahkan dengan modus operandi dan teknik yang digunakan oleh individu atau sindiket penipuan untuk tidak menjadi mangsa.

"Pihak polis telah melakukan lebih 1,700 tangkapan, namun tangkapan yang dibuat lebih kepada individu yang dijadikan keldai untuk menggunakan akaun bank mereka,

"Ini kerana penipu atau 'scammer' ini tidak akan menggunakan akaun bank sendiri, perkara ini juga akan menjadikan pembuktian di mahkamah agak sukar," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Anti-Scam PDRM peringkat Selangor di Shah Alam.

Antara jenis penipuan yang paling banyak dilaporkan adalah Macau Scam diikuti penipuan e-dagang dalam talian, 'love scam', penipuan tawaran kerja sambilan dan penyamaran sebagai kenalan mangsa.

Media Baharu