KUALA LUMPUR, 31 Mei- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang anggota pengiring memukul seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pada 28 Mei lalu.
Pegawai polis yang terlibat dalam kejadian tersebut diminta hadir ke ibu pejabat di Bukit Aman untuk membantu siasatan.
Langkah itu bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan dapat memberikan keterangan mereka.
"Keutamaan dalam setiap siasatan adalah untuk memastikan bahawa tiada pelaku yang terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka. Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap pegawai yang didapati bersalah," katanya menerusi kenyataan media.
Tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa PDRM sentiasa waspada untuk memelihara integriti dan memastikan tindakan yang sewajarnya diambil untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak individu yang terjejas, terutamanya golongan OKU.