KUALA LUMPUR, 3 April- Kertas dasar bagi memperkukuh industri pertahanan negara, kini sedang dilengkapkan.
Aspek pemerkasaan kepakaran tempatan dalam sektor pertahanan antara yang diberi tumpuan selain, turut mengambil kira potensi merangkumi industri baharu.
Jelas Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, bidang keselamatan siber, antara fokus ke arah mempertingkat kemampanan pertahanan negara.
"Dalam kita mempertingkat industri pertahanan negara, kita di kementerian sedang melengkapkan kertas dasar terkait dengan industri pertahanan negara."
"Sebenarnya, kita ada kepakaran tempatan dalam masa sama, kita juga melihat bagaimana industri tempatan kita itu dapat bertahan dan bersaing pada masa depan."
"Yang sedia ada harus kita perkukuhkan dan dalam masa sama kita juga melihat industri-industri baharu termasuk dalam bidang siber," kata Adly di Parlimen, hari ini.
Penyataan bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.