fb fb fb fb fb

Kerjaya jurubahasa isyarat sama penting dengan profesion lain

Pastikan tiada golongan yang ketinggalan

GEOGRE TOWN, 14 Mei - Kerjaya sebagai jurubahasa isyarat perlu diangkat seiring profesion lain di Malaysia.

Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli), Wan Zuraidah Abu berkata ia penting sesuai usaha kerajaan untuk memastikan tiada golongan yang ketinggalan bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih.

Tambahnya, stigma masyarakat terhadap kerjaya terbabit juga perlu ditangkis apabila fungsi mereka masih disalahertikan.

"Memang tidak ramai yang ingin menceburi bidang ini. Tetapi ada juga yang kita berjaya galakkan untuk belajar. Kita mahu ubah persepsi dan bukan hanya sediakan perkhidmatan- perkhidmatan saja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Seminar Kebangsaan Jurubahasa Isyarat 2.0 2025 di George Town.

Setakat ini terdapat seramai 60 orang ahli jurubahasa isyarat yang aktif di seluruh negara. Jumlah itu kecil berbanding keperluan semasa.

Seminar berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mei hingga 16 Mei akan datang melibatkan 80 peserta dari seluruh negara termasuk ASEAN ; antaranya Thailand, Brunei dan Filipina.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN