fb fb fb fb fb

Kerjasama ASEAN penting pastikan kestabilan bekalan tenaga - TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof /FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Keterjaminan bekalan tenaga yang mampan menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43.(AMEM )

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia menegaskan komitmennya untuk memperkukuh jaminan dan kelestarian tenaga di peringkat serantau menerusi kerjasama erat dengan negara-negara ASEAN.

Menurutnya, usaha tersebut bukan sahaja meningkatkan daya tahan sistem tenaga di rantau ini, malah membuka peluang baharu dalam pembangunan teknologi, pelaburan dan ekonomi hijau.

" Tumpuan kita ialah pelaksanaan dan bagaimana kita nak hubungkan jalinan dalam rantau ASEAN ini supaya kita akan dapat membantu antara satu sama lain. kalau kita kurang tenaga ada negara jiran yang akan bekalkan pada kita .

"Ini termasuk juga dalam bukan konteks dari segi bekalan tenaga saja dari segi transmission lain tapi juga dia segi sumber termasuklah kita akan ada penglibatan berhubung kait keterjaminan bekalan gas rantau asean ..itu juga akan dibincangkan.

"Jadi inilah yang akan dimuktamadkan di Malaysia ini dan akan dibawa seterusnya pada pengerusi-pengerusi ASEAN yang lain nanti", ujarnya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menyeru rakyat memainkan peranan dalam menjayakan agenda tenaga negara melalui penggunaan tenaga yang lebih cekap dan menyokong inisiatif kerajaan memperluas tenaga boleh baharu.

" Rakyat juga boleh melihat bahawa bila kita memperkenalkan inisiatif yang baru ini, tenaga boleh baharu dan sebagainya , kita kena tingkatkan keupayaan kita. rakyat kita kena ditingkatkan kemahiran keupayaan ilmu supaya mereka akan dapat bukan saja peluang pekerjaan tapi juga peluang perniagaan .ini setiap kita boleh memainkan peranan "

Sementara itu dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri esok, beliau yakin tumpuan akan diberikan kepada aspek kemampanan ekonomi, pengurangan hutang negara dan peningkatan pendapatan.

" saya yakin bahawa bajet ini akan menumpukan pertama sekali ke arah kemampanan negara kita dari segi ekonomi.. dari segi kedudukan kewangan dan juga dari segi pertumbuhan negara kita supaya kita akan dapat akhirnya fokuskan kepada mengurangkan hutang meningkatkan pendapatan"

Beliau bercakap kepada RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD