fb fb fb fb fb

Kerjasama strategik JBPM dan bomba Thailand, awal tahun hadapan

KOTA BHARU, 10 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan bomba Thailand, bermula awal tahun hadapan.

Kerjasama itu bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang bencana, operasi dan kejadian membabitkan kawasan sempadan negara.

(Hamdan Wahid bercakap kepada media selepas menyempurnakan
majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kelantan)

"Saya percaya ia memerlukan masa kerana perlu di bawa kepada bahagian undang-undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Saya mensasarkan pada awal tahun depan sudah ada satu kerajasama strategik secara berdokumentasi yang boleh kita buat dan kita sudah pun minta supaya didrafkan perjanjian persefahaman secara rasmi," kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid di sini.

Dalam pada itu, JBPM akan dilengkapi lima buah ‘fire fighting' bot’ bernilai RM17 juta bagi memantapkan operasi menyelamat.

Media Baharu