fb fb fb fb fb

Kerjasama strategik, bantu asnaf jadi usahawan tani

ALOR SETAR, 1 November- Lebih ramai asnaf di Kedah akan dibimbing menjadi usahawan berasaskan pertanian menerusi kerjasama strategik Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan sebuah syarikat perbankan.

Ketua Pegawai LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, kerjasama tersebut akan memfokus kepada pengeluaran makanan berasaskan pertanian yang menjadi sumber makanan utama sekali gus dapat membantu jaminan sekuriti makanan.


(Ketua Pegawai LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman)

"Pihak LZNK merakamkan penghargaan terima kasih terhadap Agrobank hendak kerjasama berimpak tinggi.

"Banyak lagi program kerjasama pada masa akan datang dan kerjasama lebih niche kepada Agrobank industri yang terlibat dengan pertanian yang dilibatkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah", katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan 'Foodmotor' melalui wakalah agihan zakat Agrobank bernilai RM100,000 kepada 10 asnaf.

Media Baharu