fb fb fb fb fb

Kerjasama Malaysia-Singapura formula terbaik ubah landskap keselamatan siber negara

(Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Kerjasama Malaysia-Singapura merupakan formula terbaik bagi mengubah landskap keselamatan siber negara.

Sekali gus, mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi kepada pertumbuhan ekonomi digital.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, sinergi antara kedua-dua negara perlu memberi tumpuan kepada pelaksanaan undang-undang dan polisi berkaitan.

"Negara dapat pelajari polisi di Singapura, dapat beri manfaat kepada negara kita bukan saja pemain indsutri bahkan pengguna, aspek jenayah siber merentas sempadan bukan kerjasama satu negara tapi perlu rentasi semua negara rantau Asean dan melindungi pengguna di rantau Asean," kata beliau ketika dihubungi Berita RTM di Angkasapuri, di sini hari ini.


(Foto hiasan)

Selain memperkukuh keselamatan siber, negara juga perlu mewujudkan syarikat permulaan berstatus unicorn dalam sektor ekonomi digital.

Ini penting bagi memastikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia-Singapura dapat direalisasikan.

Media Baharu