ISKANDAR PUTERI, 29 Oktober - Kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan pengamal media di Johor, penting untuk memastikan masyarakat faham berkenaan penjenamaan semula produk caruman PERKESO, kepada LINDUNG.
Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang berkata, penjenamaan semula dibuat bagi memudahkan masyarakat, memahami tujuan dan manfaat setiap caruman.
"Dulu terlalu banyak akronim. Jadi untuk memudahkan rakyat memahami produk PERKESO, kita tukarkan kepada empat.
"Ia melibatkan LINDUNG Pekerja, LINDUNG kendiri, LINDUNG Kerjaya, dan LINDUNG Kasih," katanya.
Mengulas mengenai hubungan dengan pihak media negeri, Sing Chuang berkata PERKESO Johor komited, mengeratkan hubungan dengan media negeri.
Ini menerusi Program Jalinan Bersama Media Perkeso Negeri Johor di Kampung Sungai Melayu, disertai 18 pengamal media dan kakitangan PERKESO Johor.