fb fb fb fb fb

Kerajaan suntik dana tambahan RM200,000 untuk RXZ Members 7.0

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (dua, kanan) menyerahkan sumbangan khas Perdana Menteri berjumlah RM100,000 pada Majlis Perasmian RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak / Foto Bernama

KUALA NERUS, 23 Ogos – Kerajaan bersetuju menyalurkan dana tambahan berjumlah RM200,000 bagi menjayakan Program RXZ Members 7.0, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM300,000.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu penganjuran program tersebut.

Menurutnya, dana tambahan berkenaan turut disokong oleh sumbangan syarikat korporat dan pihak swasta.

“Kita harap bantuan atau sokongan dalam bentuk kewangan ini dapat memberi kemudahan dan semangat kepada penganjur untuk terus menggalakkan lagi penganjuran program-program seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Perasmian RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak, di sini.

Program berkenaan menarik penyertaan lebih 100,000 peserta dari seluruh negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN