fb fb fb fb fb

Kerajaan pusat sedia bincang dengan kerajaan Sarawak pengambil alihan pelabuhan Bintulu

(FOTO FAIL)

PELABUHAN KLANG, 1 Februari - Kerajaan persekutuan bersedia untuk berbincang mengenai hasrat kerajaan Sarawak mahu mengambil alih semula Pelabuhan Bintulu bagi memacu pembangunan ekonomi negeri berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bagaimanapun beliau masih belum menerima laporan rasmi berhubung hasrat tersebut daripada kerajaan Sarawak.

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

"Kita terbuka untuk berbincang tetapi prosesnya akan mengambil banyak proses sebab Pelabuhan Bintulu ini adalah satu 'federal port'. Ini dikawal selia melalui Akta Parlimen.

"Kita ada Bintulu port authority, apabila diaktakan maka kawal selia, bidang kuasa terletak di bawah kerajaan persekutuan dan melalui kementerian pengangkutan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan gudang Infinity Freight Village 5, di sini.

Sementara itu, mengenai cadangan pembangunan Pulau Carey di Kuala Langat sebagai pelabuhan mega ketiga yang baharu, Anthony berkata laporan terperinci mengenainya akan diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk penelitian.

"Kita ada potensi untuk membina satu lagi pelabuhan iaitu di Pulau Carey di mana pihak Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) sudah membuat kajian selama dua tahun sejak 2019 berhubung perkara itu.

"Laporan menunjukkan bahawa kebolehlaksanaan keadaan semula jadi, paras lautnya, ideologinya, ia amat sesuai dijadikan pelabuhan ketiga di Selangor. Hala tuju pembangunan pelabuhan ketiga ini akan kita umumkan selepas kita bawa berbincang di peringkat Kabinet untuk menentukan bagaimana hendak bangunkan pelabuhan ketiga ini," katanya.

Media Baharu