fb fb fb fb fb

Kerajaan peruntuk lebih RM500 juta untuk projek PPR - Anwar

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Sebanyak RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, RM546 juta disediakan bagi meneruskan 36 Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuk satu projek baharu di Kluang, Johor.

"Ia akan memanfaatkan 5,100 bakal penghuni baharu," kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambahnya, sebanyak 14 program Rumah Mesra Rakyat diteruskan bagi membina 3,500 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta.

Kerajaan juga memperuntukkan RM460 juta bagi menyediakan bantuan kepada kira-kira 65,000 rakyat susah di desa untuk membina baharu atau membaik pulih rumah yang telah daif.

Jelas Anwar, RM100 juta diperuntuk untuk menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan sederhana awam dan swasta seluruh negara.

Ini termasuklah kerja-kerja membaiki tangki air, bumbung dan sistem pendawaian serta memasang kamera litar tertutup.

Dana jaminan khas berjumlah RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju memulihkan projek terbengkalai.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu