
KUALA LUMPUR, 10 September – Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dan kebersamaan dengan Kerajaan Negeri Kelantan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
- Perbincangan merangkumi sokongan dalam infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial.
- Kerjasama diperkukuh bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar dan kesejahteraan rakyat Kelantan terjaga.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.
Beliau berkata perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan lancar.
“Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.- BERNAMA