fb fb fb fb fb

Peruntukan RM400,000 bina bangunan baru Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Tanjung

ULU KINTA, 24 Ogos - Kerajaan Perpaduan akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar dan kawasan pedalaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan tumpuan penyediaan kemudahan asas, fasiliti dan beberapa kemudahan lain yang penting.

"Rakyat kawasan pendalaman, kampung-kampung, kawasan bandar, orang miskin, kawasan orang asli itu perlu perhatian kerajaan lebih. Ia perlu kemudahan saya kata jalan, kemudahan api, air, sekolah dan beberapa kemudahan kemudahan asas yang lain. Itu Insya-Allah kita akan bagi tumpuan," kata Perdana Menteri, di sini.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada
Program Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Tonggang, di sini)

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad.

Pada program itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 menerusi Kementerian Pendidikan bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Tanjung dan kerja naik taraf jalan kampung.

Pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan capaian internet di kawasan tersebut di percepatkan menerusi peruntukkan RM3 juta bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Di samping mempertimbangkan untuk penggunaan Starlink jika terdapat keperluan.

Media Baharu