fb fb fb fb fb

Kerajaan perluas penggunaan Ringgit bagi kurangkan kebergantungan kepada Dolar- Anwar

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Kerajaan kini sedang mengalih tumpuan bagi memperluaskan lagi penggunaan Ringgit melalui pendekatan 'de-dolarisasi' bagi mengurangkan kebergantungan kepada nilai dolar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga antara negara ASEAN yang paling agresif dalam memperjuangkan pendekatan tersebut.

Tambahnya setakat ini negara China memainkan peranan penting dalam menyatakan persetujuan bagi menggunakan Ringgit dalam setiap urusan perdagangan.

Menurut Anwar,Indonesia merekodkan jumlah dagangan dalam ringgit sebanyak sebanyak  16.7 peratus iaitu RM10.7 bilion sehingga Ogos 2023 manakala Thailand pula merekodkan sebanyak 19.6 peratus iaitu RM8.2 bilion.

"Paling berhasil dengan negara China, melalui "high level prinsipal Local Currency Transactions ASEAN" dan negara China.

"Penyelesaian sekarang ini, daripada jumlah perdagangan perdagangan adalah 25% maknanya RM39.2 bilion itu dalam mata wang Ringgit dan Reminbi daripada jumlah 1.5 billion maknanya dengan negara China paling berjaya kerana peningkatan yang agak tinggi"kata Anwar ketika menjawab soalan yang dikemukan oleh wakil Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Parlimen.

Anwar juga turut mengakui kebergantungan kepada dolar menyebabkan nilai mata wang ringgit jatuh merosot.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu