fb fb fb fb fb

Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 September- Kerajaan beriltizam untuk memastikan warisan unik Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook berkata, perkara itu dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS) yang diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama-sama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu.

"Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini," katanya.

Perdana Menteri juga berharap agar kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini.

KSS merupakan sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI