fb fb fb fb fb

Kerajaan optimis capai sasaran jangka sederhana bawah Ekonomi MADANI

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Malaysia berupaya mencapai sasaran jangka sederhana yang digariskan bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis, tujuh penanda aras dalam tempoh 10 tahun itu mampu direalisasikan berdasarkan kemajuan dalam perkembangan ekonomi ketika ini.

"Pada saat dan ketika ini, dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), purata kita ialah 4.7%. Itu sejak tahun 1998 hingga 2020. Untuk kita capai apa yang kita hasratkan, kita ingin 6% pencapaian ekonomi. Baru-baru ini diumum 5.6% pada suku pertama.

Jadi, tidak jauh daripada hasrat kita. Kedudukan KDNK dunia, kita sekarang berada pada kedudukan ke-37. Kita sasar untuk naik kepada kedudukan ke-30 dan saya rasa itu tidak menjadi masalah," kata Ahmad kepada pemberita di Angkasapuri, hari ini.


(Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan)

Tambahnya, ikhtiar-ikhtiar lebih khusus bagi memperkukuh naratif Ekonomi MADANI akan diumumkan kementerian terlibat secara berperingkat, sebelum perincian lebih lanjut dibentangkan pada Belanjawan Madani 2024.

Sementara itu, beliau berharap inisiatif yang diumumkan tidak akan menyebabkan penambahan komitmen hutang kerajaan atau memberi kesan kepada kedudukan fiskal negara.

Media Baharu