fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri ambil langkah wajar cegah penularan kusta- Aminuddin

Menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) dan Exco Pelancongan & Kesenian Negeri, Nicole Tan Lee Kon pada Majlis Pelancaran Kalendar Acara (COE) Negeri Sembilan 2025 hari ini / Foto Facebook nicoleleekoontan

SEREMBAN, 21 Februari-Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani penularan wabak kusta di Kampung Orang Asli Kampung Chergun dan Kampung Guntur, Kuala Pilah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa situasi kes kusta di dua perkampungan orang asli tersebut adalah terkawal.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih dan mungkin memang terdapat laporan awal daripada JAKOA.

"Jadi apa yang kita katakan pada hari Rabu itu adalah perkara yang bersangkutan. Jadi tiada masalah", katanya demikian pada Majlis Pelancaran Kalendar Acara (COE) Negeri Sembilan 2025, di sini.

Tambahnya, masyarakat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan perlu memberi kerjasama kepada anggota kesihatan sekiranya perlu menjalani saringan.

Sehingga 19 Januari lalu, seramai 368 daripada 460 penduduk di Kampung Chergun dan Kampung Guntur telah menjalani saringan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan seramai 20 juta pelancong bakal berkunjung ke negeri itu pada tahun ini, selepas menerima kehadiran 17 juta pelancong pada tahun lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD