fb fb fb fb fb

Kerajaan nafi semua dakwaan Goldman Sach- Peguam Negara

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kerajaan Malaysia menafikan semua dakwaan terkandung di dalam Surat Permohonan Timbang Tara dikemukakan Goldman Sachs Group Inc.

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, dakwaan seperti yang terkandung bercanggah dengan pendirian Malaysia.

Goldman Sachs dalam surat bertarikh 11 Oktober 2023 mendakwa wujud pelanggaran oleh Malaysia berhubung Perjanjian Penyelesaian ditandatangani pada 18 Ogos 2020.

Perjanjian tersebut melibatkan Goldman Sachs, Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru, Jabatan Peguam Negara mewakili kerajaan Malaysia akan memberikan respons selari undang-undang, selain mengulangi komitmen untuk terus meletakan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu