fb fb fb fb fb

Kerajaan Melaka dapat kelulusan jual kit RTK

ALOR GAJAH, 22 Februari- Bekalan kit ujian pantas (RTK) Antigen COVID-19 keluaran Perbadanan Bioteknologi Melaka yang akan disediakan dipasaran tidak lama lagi, bakal menampung keperluan kit ujian terbabit di negeri itu.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kit ujian berkenaan sudah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan akan berada dipasaran hujung Februari ini.

Kit ujian tersebut juga akan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran dan akan dijual di farmasi yang disenaraikan.

Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mengumumkan ketetapan lanjut penjualan kit ujian berkenaan termasuk had pembelian dan sebagainya.

"Kit tersebut telah dibawa ke Malaysia dan kita dah dapat kelulusan dan dalam masa tedekat kerajaan negeri melalaui Biotek Melaka akan keluarkan kit ujian tersebut dengan harga yang murah seperti mana dalam manifesto kita sebelum ini," kata Dr Muhammad Akmal.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak di Hospital Alor Gajah.

Dalam pada itu katanya, Melaka menyasarkan 50% kanak-kanak yang layak di negeri ini sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada pertengahan Mac depan.

Media Baharu