fb fb fb fb fb

Kerajaan komited, terus usaha tangani kos sara hidup rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kerajaan komited untuk terus berusaha menangani kos sara hidup dalam meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi langkah yang dilaksanakan, kadar inflasi berjaya dikawal pada dua peratus manakala kadar pengangguran stabil pada paras 3.3 peratus.

Selain itu, Anwar berkata nilai ringgit juga semakin mengukuh dan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun ini diunjurkan berkembang pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus.

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, di sini.

Anwar turut menyatakan, langkah kerajaan mengkaji semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk menaikkan gaji penjawat awam juga merupakan antara usaha bagi meringankan beban kos sara hidup.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN