fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor peruntuk RM67 juta bina 500 RKJ

Foto Datuk Mohd Jafni Md Shukor

ISKANDAR PUTERI, 19 Mei- Kerajaan Johor memperuntukkan RM67 juta bagi pembinaan 500 unit rumah secara percuma, menerusi inisiatif Rumah Kasih Johor (RKJ) yang dilaksanakan dari tahun 2022 hingga 2026.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata inisiatif itu memberi keutamaan kepada penerima di kawasan luar bandar.

Ia selaras dengan komitmen Kerajaan Johor yang menekankan prinsip kesejahteraan rakyat, bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada memiliki tempat tinggal.

"Pelaksanaan RKJ sehingga 2025 adalah seperti berikut 2023, sebanyak 50 unit telah siap dan diserahkan. Tahun 2024, 120 unit sedang dibina. Fasa satu, 71 unit dijangka siap Jun 2025, dan fasa dua, 49 unit dijangka siap Disember 2025.

"Untuk tahun ini juga, 165 unit sedang dalam proses siasatan dan lawatan tapak. Fasa satu melibatkan 55 unit yang telah diperakukan, dan pembinaannya dijangka bermula 15 Mei 2025," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat, Dewan Negeri Johor ke-15, di sini.

RKJ merupakan program bantuan pembinaan rumah baharu kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM