fb fb fb fb fb

Kerajaan berjaya tangani inflasi sektor telekomunikasi

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Kerajaan berjaya tangani inflasi dalam sektor telekomunikasi apabila data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan kadar inflasi semasa kekal pada 3.7 peratus.

Menurut Fahmi pelbagai inisiatif mengurangkan beban kewangan rakyat dalam sektor komunikasi akan diteruskan.

"Kita ingin tingkat pendapatan negara disamping berusaha tingkatkan pendapatan rakyat. Data DOSM menunjukkan Inflasi sektor Komunikasi pada September serendah satu peratus.

"Kita lihat sektor komunikasi sama ada Internet mainkan peranan penting dan dasar KKD ingin kurangkan harga Internet untuk rakyat dapat lebih manfaat", ujar Fahmi.

Fahmi turut menjangkakan liputan rangkaian 5G di Malaysia akan berkembang kepada 80 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, hasrat kerajaan untuk membangunkan bakal memperkasa lebih 20,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menurut Fahmi, setakat ini 911 PEDi telah diwujudkan di seluruh negara.

"Di PEDi kita dapati ada usahawan yang mula memahami manfaat membuat pemasaran secara dalam talian. Kita dapati pendapatan mereka meningkat sebanyak dua ke lima kali ganda.

"Oleh hal demikian, kerajaan perlu memperkasa rakyat dengan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat menceburi ekonomi digital disamping menggunakan internet dengan selamat dan harga yang lebih murah", kata Fahmi pada program Ruang Bicara bertajuk Pasca Pembentangan Belanjawan 2024 terbitan Bernama TV.


(FOTO HIASAN/FOO RTM)

Media Baharu