RIYADH, 21 Oktober - ASEAN selaku blok ekonomi kelima terbesar di dunia berupaya menarik lebih banyak pelaburan dari Asia Barat, khususnya Arab Saudi.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa syarikat besar di negara itu berpotensi meningkatkan pelaburan ke Malaysia.
"Kita juga di sini akan menyaksikan peranan syarikat-syarikat Malaysia yang akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar tempatan di Saudi supaya kita juga mengeksport kita punya pengetahuan dan juga modal untuk membantu pelaburan di Saudi.
"Ini menunjukkan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN dalam perdagangan dan pelaburan dua hala bukan satu hala," katanya.
Beliau ditemui pada program ramah mesra Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia, di sini pada Jumaat.