ALOR SETAR, 5 Januari- Lebih banyak program memartabatkan seni dan budaya negara disemarakkan bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 dan selaku penganjuran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 .
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Aris berkata pengisiannya dalam pelbagai bentuk antaranya pertandingan, festival, bengkel dan latihan termasuk pementasan teater.
"Sudah semestinya dalam perancangan program-program kebudayaan yang bersiar pada tahun 2025 dengan kerjasama dengan kerajaan negeri.
"Kita akan cuba memperbanyakkan lagi bukan sahaja pengisian pengisian dalam bentuk pementasan, pertandingan festival dan bengkel atau latihan berkaitan seni budaya akan terus disemarakkan terus ke seluruh negara bukan sahaja di negeri Kedah malah dari Perlis hingga ke Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pementasan teater Seorang Tua di Kaki Gunung anjuran JKKN Negeri Kedah.
Turut hadir Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin.
Pementasan epic Karya Agung ini yang ditangguhkan berikutan banjir di Kedah antara karya yang dipentaskan sejak tahun lalu secara bersiri.
Penganjurannya bertujuan menyemarakkan seni teater dalam kalangan penduduk Kedah khususnya generasi muda.
Naskah nukilan Azizi Abdullah diarhkan oleh Zaifri Hussain dengan mengabungkan lakonan mantap Datuk Jalaluddin Hassan, Dr Norzizi Zulkifli.
Kisah seorang tua di kaki Gunung menceritakan tentang Tukya seorang tua yang tinggal di kaki Gunung Bongsu bersama isterinya Besah.
Kekagumannya kepada alam membuatkan Tukya ingin mewariskan ilmu tentang rimba kepada cucunya Lamin.