fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN 2025 peluang perkukuh ekonomi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Januari- Malaysia berpeluang memperkukuh pertumbuhan ekonomi komuniti ASEAN apabila menggalas tanggungjawab dalam Kepengerusian ASEAN 2025 bermula tahun ini.

Justeru, kepimpinan Malaysia membuka peluang lebih besar buat negara memperkasa kerjasama antara negara anggota selain memastikan kestabilan serantau.

Pakar Pengajian ASEAN Dr Siti Darwinda Mohamed Pero berkata, kepengerusian ASEAN 2025 beri ruang buat negara membina kepercayaan strategik dalam kalangan negara luar melalui dialog yang berterusan, diplomasi dan memperluas jaringan ekonomi.

"Saya melihat pemerkasaan industri tempatan melalui tumpuan kepada transformasi, transformasi digital dan ekonomi hijau, Malaysia mampu meningkatkan perdagangan intra ASEAN.

"Ia dilihat akak memberikan Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai hab logistik dan perdagangan melalui promosi integrasi ekonomi serantau," katanya ketika dihubungi RTM.

Menerusi ASEAN, Malaysia dapat memperkembang pelbagai industri dan ekonomi baru khususnya industri halal ke pasaran baharu seperti BRICS selain ke peringkat global.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI