fb fb fb fb fb

Kenyataan berhubung kes siasatan kematian Zara Qairina, dikeluarkan pada Isnin

Foto Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KOTA KINABALU, 14 Ogos - Satu kenyataan berhubung kes siasatan kematian Zara Qairina Mahathir akan dikeluarkan pada Persidangan Parlimen, Isnin ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan itu bagi menjelaskan perkembangan siasatan kes berkenaan.

"Apabila pasukan khas Bukit Aman Mengambil alih tugas siasatan daripada pasukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan balai yang berkenaan telah dikesan terdapat elemen menunjukkan ketidakcekapan pegawai penyiasat.

"Keputusan untuk tidak meneruskan bedah siasat, menimbulkan tanggapan seolah-olah pihak polis cuba menutup sesuatu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-INDUK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini.

Laporan awal menunjukkan persamaan dengan pemeriksaan awal doktor mengenai punca kematian dan maklumat tersebut telah disampaikan kepada ibu dan peguam keluarga mangsa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI