fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji penjawat awam perlu pertimbang kedudukan ekonomi, hutang negara - PM

PUTRAJAYA, 27 Februari- Penjawat awam diminta bersabar berhubung soal kenaikan gaji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu dilihat secara menyeluruh, selain meneliti kedudukan ekonomi serta hutang negara. 

"Apa masalah kita sekarang ialah hutang RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus, kalau kita tambah gaji, defisit jadi 6.5 peratus. Tiada orang datang melabur lagi dalam negara, dia tak yakin ada kekuatan tekad politik untuk mengurus negara ini dengan baik.

"Jadi sabarlah sekejap, itupun daripada hasil yang banyak itu saya cuba curahkan.

"Apakah tidak penting kita selamatkan orang yang miskin tegar, yang lebih teruk daripada semua pekerja yang ada. Jadi kalau kita lihat dari segi itu kita faham," katanya.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa bertajuk 'Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan Madani', di sini hari ini.

Anwar mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat yang berpandangan tiada sebarang komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah dalam Belanjawan 2023.

Media Baharu