fb fb fb fb fb

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok melebihi sasaran

Datuk Seri Huang Tiong Sii pada menanam pokok sebagai simbolik Sambutan Hari Hutan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2025 di Taman Botani Negara, Shah Alam

SHAH ALAM 29 Jun- Kira-kira 115.7 juta pokok melibatkan 1,972 spesies berjaya ditanam di seluruh negara menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 2021 hingga 15 Jun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, meskipun sasaran telah dicapai, kempen itu akan diteruskan sebagai usaha berterusan dalam melestarikan alam sekitar.

"Komitmen berkenaan bagi memupuk kesedaran rakyat terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan kepada mereka.

"Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 43.9 juta pokok telah ditanam di semenanjung manakala Sarawak sejumlah 48.3 juta pokok dan 23.5 juta pokok di Sabah," katanya.

Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata demikian dalam ucapan merasmikan Sambutan Hari Hutan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2025 di Taman Botani Negara, di sini.

Sasaran 100 juta pokok berjaya dicapai setahun lebih awal, iaitu pada 10 Disember tahun lalu menerusi penanaman simbolik pokok Merbau sebagai pokok ke 100 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Herba Parlimen di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI