fb fb fb fb fb

Kementerian Pertahanan seru lebih ramai bukan Bumiputera sertai ATM

(Acara perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki dan wanita di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson)

PORT DICKSON, 23 September- Kementerian Pertahanan menyeru kaum bukan Bumiputera untuk menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kadar kemasukan kaum bukan bumiputera dalam kumpulan keselamatan itu ketika ini masih rendah terutama bnagi pasukan Tentera Darat iaitu hanya sebanyak tiga peratus.

Jelas beliau, pihaknya menyasarkan penyertaan kumpulan itu melebihi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kemasukan anggota.

"Saya menyeru supaya seramai mungkin anak bukan Bumiputera tampil untuk menyertai kerjaya sebagai tentera, emolumen gaji juga sudah diperbaiki, tidak macam dulu, dan perkhidmatan juga lebih baik.

"Kami juga mohon NGO tertentu untuk bantu agar dapat lihat peratusan penyertaan anak-anak bukan Bumiputera meningkat dalam masa akan datang,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki siri 197/2023 dan wanita siri 48/2023 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson.

Seramai 1,013 perajurit muda tentera darat yang terdiri daripada 661 orang lelaki dan 352 wanita berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan selama enam bulan di pusat latihan itu.


(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan)

Media Baharu