KUALA LUMPUR, 21 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi perutusan rasmi, beliau mengingatkan umat Islam agar memanfaatkan perayaan untuk menjaga silaturahim dan ukhuwah persaudaraan selain menambah rasa ihsan dan rahmah.
Tambah beliau, semangat pengorbanan dan disiplin sepanjang Ramadan juga diharap dapat dijadikan bekalan ke arah kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Beliau menekankan, ke arah menuju kemajuan perlu berpaksikan keluhuran jiwa menginginkan perubahan dengan meletakkan prinsip rahmah seperti dilalui sepanjang bulan Ramadan.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Jelasnya, tata kelola Kerajaan Perpaduan akan terus tegas mengembalikan integriti selain menolak rasuah dan penyelewengan supaya nasib dan maruah rakyat dapat ditebus semula.
Anwar juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan martabat negara.