fb fb fb fb fb

Kematian kanak-kanak autisme di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah- Polis

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR 29 Februari- Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar memaklumkan hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh semalam mendapati tiada kesan kecederaan atau penderaan pada anggota badan mangsa yang berusia lima tahun.

“Doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas dan siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun Shahrulnizam berkata pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga," katanya dalam satu kenyataan.

Shahrulnizam berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) autisme kira-kira 6.30 petang semalam.

Beliau berkata mangsa dikatakan hilang ketika bermain di kawasan rekreasi terbabit bersama kembarnya sementara bapa mangsa didakwa tertidur semasa sedang memerhatikan anaknya.

Mayat mangsa kemudiannya ditemukan terapung di permukaan tasik iaitu kira-kira empat meter dari tebing tasik pada 6.50 petang oleh orang awam.

ZEHRA BINTI ZAMBRI