(FOTO KEMAS)
KUCHING,24 September- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS hari ini melancarkan lagu rasmi Hari Potensi KEMAS.
Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang ketika merasmikan Majlis Penutupan Hari Potensi KEMAS Peringkat Negeri Sarawak tahun 2023.
Penghasilan lagu tersebut akan menjadi identiti Hari Potensi KEMAS sekali gus menandakan bahang kehangatan Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 3 hingga 5 November 2023 di Dataran Kemerdekaan Bandaraya Shah Alam nanti semakin dirasai.
Ia merupakan kali pertama KEMAS tampil dengan lagu tema Hari POTENSI setelah hampir 30 tahun dianjurkan.
Lebih istimewa, lagu tersebut adalah hasil ciptaan komposer terkemuka Amir Jahari yang juga merupakan alumni tabika KEMAS.
(Amir Jahari, komposer lagu Hari POTENSI KEMAS / FOTO KEMAS)