fb fb fb fb fb

Kemarau, Sungai Perak diguna tampung penyusutan air empangan

TAPAH, 6 Jun- Air dari Sungai Perak akan disalurkan ke Empangan Kolam Bukit Merah bagi menangani masalah penyusutan paras air khususnya ketika musim kemarau.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan bantuan kerajaan pusat berikutan kos perlaksanaan yang tinggi.

Jelas beliau, Tasik Bukit Merah sering menghadapi masalah tersebut kerana kawasan itu bergantung sepenuhnya kepada air hujan.

"Saya tiada angka sebenar sebab dia bukan ikut laluan jalan raya kadang-kadang dia ikut laluan lain. Kita tak tahu berapa kos sebenarnya tapi jabatan teknikal termasuk JPS, dan juga makmal sedang membuat kajian yang terperinci kerana memang ada keperluan untuk membantu menyalurkan air ke Bukit Merah," kata Saarani kepada pemberita RTM pada Program Menteri Besar Perak bersama Rakyat (MESRA) di Tapah pagi tadi.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ditemu bual media menjelaskan perkara tersebut pada
Program Menteri Besar Perak bersama Rakyat (MESRA) di Tapah pagi tadi)

Tambahnya kolam tadahan Bukit Merah penting untuk kegunaan aktiviti pertanian dan industri bagi kawasan Utara negeri Perak.

Penyusutan paras air sekali gus mengancam tanaman padi seluas 12,400 hektar melibatkan seramai 4,720 pesawah di Gunung Semanggol dan Selinsing.

Media Baharu