fb fb fb fb fb

Kemalangan maut di Jalan Bukit Impian-Senai

Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan

JOHOR BAHRU, 31 Oktober - Sekurang-kurangnya dua maut, seorang cedera dan dua lagi cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Bukit Impian-Senai kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusof,  kemalangan membabitkan sebuah kereta didapati terbabas lalu melanggar tembok pembahagi jalan.

Pihak bomba yang menerima panggilan terus ke lokasi kejadian mendapati lima mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

"Mangsa maut dikenali M. Arvindran, 20 tahun dan N. Khatiravan, 23 tahun manakala mangsa cedera parah V.Thineswaran, 22 tahun.

"Dua lagi mangsa cedera ringan, S. Sarawanan, 24 tahun dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36 tahun," katanya menerusi satu kenyataan.

Kesemua mangsa cedera dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

TETITIA YUSOFF