fb fb fb fb fb

Kemalangan lori baja, dua individu maut

Lori bermuatan baja kemalangan di Kilometer 16 Lebuhraya Pan Borneo, menghala ke Miri/ Foto BBP Bintulu

BINTULU, 19 Mei- Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori bermuatan baja di Kilometer 16 Lebuhraya Pan Borneo, menghala ke Miri pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.04 pagi daripada orang awam.

Setibanya pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu di lokasi kejadian, kemalangan tersebut melibatkan tiga individu.

"Seorang daripada mereka, dikenali sebagai Rogers Rubert, berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Bintulu dalam keadaan cedera parah.

"Dua lagi mangsa yang tersepit di dalam kabin lori dikenali sebagai Christon Naim dan seorang lagi belum dikenal pasti identitinya," menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Bagaimanapun petugas perubatan hospital mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas dan teknik penyelamatan 'saver' untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI