fb fb fb fb fb

Kemalangan dua lori, seorang pemandu maut

IPOH, 28 Mac - Seorang pemandu lori maut manakala seorang lagi selamat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Lumut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan, kemalangan dipercayai berlaku semasa kedua-dua lori berkenaan dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Sitiawan.

Menurutnya lori jenis Mitsubishi Fuso yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori lain jenis Isuzu. 

(Seorang pemandu lori maut manakala seorang lagi selamat dalam satu kemalangan jalan
raya membabitkan dua lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Lumut)

Akibat perlanggaran itu, lori dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik di kiri jalan. 

Mangsa yang berusia 38 tahun itu disahkan maut manakala pemandu lori yang berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu