fb fb fb fb fb

Keluarga Allahyarham Muhd Nazmie Aizat ditawar khidmat kaunseling

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

GEORGE TOWN, 23 Mac - Tawaran khidmat kaunseling diberikan kepada keluarga pelajar kolej vokasianal yang maut di Lahad Datu, Sabah dipercayai dibuli semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia merupakan prosedur biasa yang dijalankan pihaknya dalam usaha membantu keluarga mangsa.

"Itu prosedur biasa kita lakukan setiap kali sekiranya ada masalah-masalah seperti ini berlaku. Ini yang kami lakukan untuk membantu keluarga mangsa," kata Nancy kepada pemberita selepas menghadiri Program Sinar Ramadan Kumpulan Sunway di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang.

Awal pagi semalam seorang pelajar lelaki sebuah kolej vokasional ditemui maut dalam bilik asrama dipercayai akibat dibelasah rakan.

Mangsa Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

TETITIA YUSOFF