fb fb fb fb fb

Kelindan maut, pemandu cedera lori terbabas

(Foto JBPM)

BENTONG, 11 April- Seorang kelindan lori maut, manakala pemandu cedera parah apabila lori dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, dekat Bukit Tinggi, Bentong, kira-kira pukul 3.31 pagi tadi. 

Mangsa, R. Sugumaran, 45, beralamat di Kampung Jawa, Klang Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata sebaik menerima laporan, sebuah jentera bersama lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu pasukan bomba sukarela Janda Baik. 

(Keadaan lori yang terbabas di Lebuh Raya
Kuala Lumpur-Karak, dekat Bukit Tinggi, Bentong/Foto JBPM)

Lori berkenaan dilapor terbabas dan melanggar penghadang konkrit menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian kepala lori yang remuk.

Zulfadli turut memaklumkan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan dengan peralatan khas.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan pemandu yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Media Baharu