fb fb fb fb fb

Kelewatan pengeluaran 'fleet card', syarikat minyak diminta guna sistem bayaran kad tunai untuk sementara

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Syarikat minyak diminta menggunakan sistem bayaran kad tunai sementara menunggu 'fleet card' dikeluarkan.

Ini sekali gus menangani isu kelewatan penerimaan kad berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kelewatan pengeluaran 'fleet card' melibatkan kenderaan logistik yang diluluskan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

"Kita meneruskan libat urus dengan syarikat minyak ini untuk memastikan lebih cepat dikeluarkan (fleet card) selain daripada bayaran balik yang Kementerian Kewangan juga mempermudahkan prosesnya kita juga meminta supaya syarikat minyak sekarang melaksanakan penggunaan kad tunai sementara menunggu fleet card itu dikeluarkan.

"Kita ambil maklum kekhuatiran dan juga kerumitan pengguna disebabkan isu fleet card ini," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Armizan, antara syarikat minyak yang terlibat dalam pelaksanaan 'fleet card' diesel termasuk Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

Setakat 12 Jun, KPDN telah meluluskan sebanyak 200,000 permohonan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN