fb fb fb fb fb

Kelasi selamatkan burung hantu di laut

LABUAN, 4 Disember- Video pendek memaparkan seorang kelasi menyelamatkan seekor burung hantu yang hampir lemas di laut menarik perhatian warga maya.

Burung tersebut ditemui terapung dan terumbang-ambing di tengah laut sebelum berjaya diselamatkan.

Kelasi tersebut menggunakan bakul yang diikat pada tali dalam operasi menyelamatkan haiwan berkenaan.

(Tangkap layar video yang dimuat naik di laman TikTokĀ @dapurmedic
menunjukkan burung hantu yang telah diselamatkan)

Pada mulanya, burung hantu itu berada dalam ketakutan ketika diselamatkan.

Namun, ia memberi tindak balas baik semasa dibersihkan.

Media Baharu