fb fb fb fb fb

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih dilanda banjir petang ini

FOTO INFOBENCANAJKM

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih dilanda banjir dengan seramai 18,998 penduduk terjejas daripada 6,196 keluarga berlindung di 78 buah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 3.00 petang tadi.

Menerusi Portal InfoBencanaJKM, sebanyak 44 PPS masih beroparasi di Kelantan yang menempatkan 17,005 orang daripada 5,679 keluarga.

Paling ramai dicatatkan di jajahan Pasir Mas iaitu seramai 13,283 orang di 27 PPS; diikuti Tumpat 3281 orang, 10 PPS; Kuala Krai, 391 orang, lima PPS; dan Jeli, 50 orang, dua PPS.

Sementara di Terengganu, bagi daerah Dungun membabitkan 1,417 orang di 18 PPS; Hulu Terengganu, 305 orang, dua PPS; Setiu, 34 orang, satu PPS; dan Marang, 30 orang, satu PPS yang merekodkan jumlah keseluruhan penduduk terjejas di negeri itu adalah seramai 1,786 penduduk daripada 462 keluarga berlindung di 24 PPS.

Pahang pula mencatatkan 153 orang daripada 41 keluarga di lapan PPS.

Daerah Jerantut merekodkan 42 penduduk di dua PPS dan masing-masing 40 penduduk di dua PPS bagi daerah Bera dan Temerloh, manakala Maran melibatkan 31 penduduk di dua PPS.

Bagi negeri Johor, hanya dua PPS masih beroperasi di daerah Segamat yang menempatkan 55 penduduk daripada 15 keluarga.

SITI AISHAH BINTI MD ISA