fb fb fb fb fb

Elak pertindihan tugas, NGO disaran hubungi PKOB untuk hulur bantuan

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

TEMERLOH, 29 Disember - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Pahang perlu menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi mengelakkan pertindahan tugas.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia juga akan memudahkan pihak NGO terlibat untuk begerak secara efisien dalam membantu membersihkan kawasan dilanda banjir.

"Kita minta hubungi PKOB tujuannya bukan untuk menyusahkan tapi mengelakkan pertindihan kerja. Untuk itu laporkan diri pada PKOB dan PKOB akan memaklumkan NGO ini boleh pergi ke sekolah, balai raya atau ke rumah-rumah.

"Ianya lebih teratur dan tersusun dan memudahkan semua pihak," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ira, di sini.

Tambah Wan Rosdy, setakat ini kerjasama semua agensi kerajaan dalam menangani bencana banjir di negeri itu amat baik termasuk penduduk yang patuh mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan untuk berpindah.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan meneliti jumlah peruntukan bantuan banjir yang akan diberikan kepada penduduk yang terjejas.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN