fb fb fb fb fb

Kelantan galak rakyatnya amal gaya hidup sihat

KOTA BHARU, 15 Oktober - Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan lebih berfokus dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat sejahtera daripada segi fizikal dan mental.

Ia selaras mendukung empat teras utama agenda tersebut dalam mewujudkan rakyat Malaysia Sihat dan Sejahtera dalam tempoh 10 tahun, bermula tahun 2020 hingga 2030.

Teras utama tersebut termasuklah memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat, memantapkan Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan, memperkasakan Kawalan Kesihatan Kendiri dan memantapkan Kebersihan Persekitaran.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Hilmi Abdullah pelaksanaan karnival tersebut bersesuaian dalam meningkatkan lagi kesedaran rakyat khususnya di negeri Kelantan untuk mematuhi cara hidup lebih sihat.

(Hilmi bercakap kepada pemberita selepas melancarkan
Karnival ANMS, Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Kelantan Sihat Tahun 2022
di reruai KELANTANfm, di sini)

"Daripada peribadi saya kesedaran di peringkat rakyat kesedaran itu ada, cuma mereka perlukan sedikit lagi motivasi untuk mengubah cara hidup rakyat Kelantan, kerana rakyat Kelantan terikat dengan tradisi kehidupan, seperti banyak makan gula dan kekangan mereka dalam untuk mematuhi cara hidup sihat iaitu untuk aktiviti fizikal," kata Hilmi Abdullah di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata selaras mendukung aspirasi tersebut, pihaknya juga melancarkan Kempen Kelantan sihat bagi menggalakkan rakyat memilih makanan seimbang selain melakukan senaman aktiviti fizikal.

Bawah kempen tersebut, kerajaan negeri turut mengadakan 'Loss Weight Challenge' yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat dalam usaha mengelakkan mereka mendapat penyakit tidak berjangkit.

Media Baharu