PASIR MAS, 16 Disember- Situasi banjir di Kelantan kembali meningkat dengan pertambahan jumlah penduduk yang dipindahkan semakin ramai.
Menurut infobencana JKM, sehingga pukul 6 petang, 3,600 individu daripada 1,116 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kesemua penduduk berlindung di 15 PPS yang beroperasi di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah.
Jajahan Pasir Mas menyaksikan paling ramai penduduk yang dipindahkan iaitu 3,248 orang melibatkan 1,020 keluarga yang berada di sembilan PPS.
PPS SK Sri Rantau Panjang 2 menjadi PPS paling ramai penduduk berlindung iaitu 1,192 daripada 409 keluarga.
Sementara itu, keadaan banjir di jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai pula kembali pulih apabila semakin ramai penduduk terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi berikutan cuaca baik dan kebanyakan kawasan yang sebelum ini dinaiki air kembali surut.
Di Tanah Merah pula,217 penduduk daripada 62 keluarga masih berada di tiga PPS iaitu Balai Raya Padang Kijang, SMU(A) Kajang dan SK Kulim.
Dalam pada itu, di Kuala Krai, tiga PPS masih beroperasi iaitu Pejabat Veterinar, SK Chenulang dan SKBG dengan 135 penduduk melibatkan 34 keluarga.
Public infobanjir JPS pula melaporkan, Sungai Golok di merekodkan bacaan 10.45 meter melebihi paras bahaya manakala lain-lain sungai direkodkan melepasi paras waspada.