fb fb fb fb fb

Lebih 2,500 penduduk terjejas banjir di Terengganu

ATM membantu penduduk terjejas banjir meredah banjir

DUNGUN, 16 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terenggannu menunjukkan peningkatan.

Setakat pukul 7.00 malam tadi 2,724 penduduk daripada 670 keluarga berada di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan enam daerah di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri memaklumkan, "ketika ini Dungun mencatatkan penduduk terjejas paling tinggi iaitu 1,569 daripada 389 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS diikuti daerah Hulu Terengganu 282 penduduk daripada 64 keluarga di tujuh PPS.

"Di Besut kira-kira 242 penduduk daripada 65 keluarga kini ditempatkan di lapan PPS manakala di Marang, 220 orang daripada 40 keluarga kini berlindung di empat PPS," katanya.

Sementara itu di Kemaman pula merekodkan 227 penduduk terjejas banjir daripada 54 keluarga kini berada di tiga PPS.

Manakala di Setiu seramai 184 penduduk terjejas berada di lapan PPS.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI