fb fb fb fb fb

Kekurangan pekerja asing, peningkatan harga dedak faktor kenaikan harga telur ayam

BIDOR, 11 Februari - Kekurangan pekerja asing di ladang ternakan ayam, selain peningkatan harga dedak antara faktor kenaikan harga telur ayam di Perak.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Razman Zakaria berkata, ia berlaku sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

"Isu kenaikan harga dibangkitkan tadi mengenai pertama sekali kerana ada kenaikan harga makanan yang menyumbang kepada harga telur dan juga yang kedua kerana pengurangan pekerja asing yang balik masa pandemik mereka tidak datang balik pengurangan pekerja 20% daripadanya menyebabkan pengeluaran berkurang kepada 20%," kata Razman selepas mengadakan lawatan ke kilang pengeluar telur, di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan bekalan telur di negeri ini mencukupi dan terkawal.

Sehingga kini, terdapat 23 ladang ayam yang beroperasi dengan anggaran pengeluaran sebanyak lebih 148 juta biji sebulan.

 

Media Baharu