fb fb fb fb fb

Jabatan Kesihatan Labuan sedia sepenuhnya hadapi trend penularan COVID-19

LABUAN, 11 Februari - Jabatan Kesihatan Labuan bersedia sepenuhnya menghadapi trend jangkitan COVID-19 yang meningkat di wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan jabatan itu, kesiapsiagaan meliputi kakitangan dan fasiliti, termasuk hospital dan pusat kuarantin.

Ketika ini, hanya sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dibuka di wilayah ini, iaitu di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Jika jumlah pesakit COVID-19 bertambah, pusat kuarantin tambahan akan dibuka di Hospital Labuan.

106 kes baharu COVID-19 direkodkan di Labuan semalam berbanding 63 kes pada hari sebelumnya.

Media Baharu