fb fb fb fb fb

Melaka peruntuk RM250 ribu program penanaman semula pokok


FOTO FACEBOOK SULAIMAN MD ALI

MELAKA, 11 Februari - Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM250,000 kepada Pihak berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perhutanan Negeri bagi program penanaman semula pokok.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri juga telah mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksana oleh PBT.

"Projek-projek pembangunan infrastruktur dan utiliti serta menaik taraf kemudahan awam seperti padang, dewan, pasar, gerai dan sistem pencahayaan akan diteruskan untuk memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

"Di samping itu, kompleks-kompleks sukan dan kemudahan rekreasi akan terus diselenggara untuk kemudahan rakyat menjalankan aktiviti bersukan dan riadah.

"Untuk program sanitasi di kawasan awam dilaksanakan dari semasa ke semasa, bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, pemantauan ke atas pematuhan SOP juga dibuat di premis perniagaan termasuk kawasan penjaja dan riadah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka Tahun 2022.

Melaka menerima peruntukan sejumlah RM22.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membiayai sebanyak 298 projek untuk pembangunan di setiap PBT.

Media Baharu