fb fb fb fb fb

COVID-19: Malaysia ambil langkah cermat sebelum isytihar endemik - Khairy

SELAYANG, 11 Februari - Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengambil keputusan mengisytihar pandemik COVID-19 sebagai endemik di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ini termasuk memastikan kes COVID-19 di Malaysia, terutama melibatkan kemasukan ke hospital ketika ini tidak terus meningkat secara mendadak.

“Sebab saya tidak mahu melihat kes di Denmark contohnya, mereka sudah isytiharkan bahawa COVID-19 bukanlah satu ancaman kepada kesihatan awam tapi kes kemasukan ke hospital mereka meningkat mendadak jadi saya dan KKM mungkin menggunakan pendekatan lebih konservatif ada yang kata terlalu konservatif tapi bagi kami lebih baik selamat daripada menyesal dan kita tengok dua tiga minggu. Kesan gelombang Omicron kepada hospital kita dan bila saya melihat bahawa profil kes setiap hari kurang lebih macam 99.5% boleh di isolasi di rumah, boleh pulih di rumah mungkin kita lebih yakin,” kata Khairy dalam sidang media selepas melancarkan Program Mass Urology Surgery Initiative di Hospital Selayang hari ini.

Jelasnya sekiranya dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini gelombang Omicron kurang memberi kesan kepada peningkatan kemasukan pesakit ke hospital dengan kebanyakan kes menunjukkan gejala ringan, mungkin kerajaan lebih yakin untuk beralih ke fasa endemik.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan sedang memantau perkembangan negara lain sebelum mengisytiharkan COVID-19 bukan satu ancaman kepada kesihatan.



Media Baharu